Forum ini membincangkan antara lain:
Pelajar dari UiTM kampus Sabah, Saudara Mohd Fathihie Gadius yang juga Pengerusi GAMIS Sabah, UKM4, Pemilihan Naib Canselor dan Pilihan Raya Kampus.
Pemilihan Naib Canselor
Saya sempat bertanyakan panelis tentang pemilihan Naib Canselor Universiti. Dato' Saifuddin Abdullah memberi persepsi tentang pemilihan Presiden (Naib Canselor) Harvard University. Pemilihan Presiden Universiti Harvard adalah transparent kerana setiap daripada pelajar dan staf universiti recognize calon-calon Presiden dan free to voice out pandangan masing-masing kepada perspective calon. Calon-calon presiden pula dipilih dari kalangan Lembaga Pengarah/Pemegang Amanah Universiti (Board of Trustee) terdiri daripada professor dan alumni.
Dato' juga berpendapat pemilihan Naib Canselor perlu dalam kalangan academician dan merupakan expert dalam bidang masing-masing. Seterusnya, pemilihan Naib Canselor perlu melambangkan entiti sesebuah universiti. Sebagai contoh, ketika Universiti Islam Antarabangsa ditubuhkan hanya terdapat 3 kulliyyah (fakulti) iaitu Ahmad Ibrahim Kulliyyah of Laws, Kulliyyah of Economics and Management Sciences dan Kulliyyah of Islamic Revealed Knowledge and Human Sciences. Sewajarnya Naib Canselor dipilih dari kalangan calon-calon dari fakulti tersebut lantaran sebagai teras utama unversiti berkenaan.
Larry Summers
Biar kita ambil contoh pengunduran Larry Summers sebagai President Harvard University, beliau pernah memegang jawatan sebagai Chief Economist of World Bank dan United States Deputy Secretary of the Treasury. Pencapaian hebat meyakinkan beliau untuk meraih banyak undi daripada professor dan alumni. Namun begitu, beliau juga memperoleh votes of no-confidence daripada fakulti lain. Hanya ketika beliau memperoleh votes of no-confidence dari Faculty of Arts & Sciences, beliau mengambil keputusan untuk mengundurkan diri. Beliau menyedari status Faculty of Arts & Sciences sebagai antara teras utama Harvard University pada awal penubuhannya.
Dato' merujuk Harvard University dengan harapan perkara yang sama berlaku kepada universiti tempatan di negara ini. Dasar keterbukaan dan transparency adalah kunci utama tidak hanya kepada pemilihan Naib Canselor sahaja malah kepada Pilihan Raya Kampus dan AUKU secara total.
Rumusan
Relevankah AUKU/174 ? 'Jawapannya terletak pada diri anda semua' spontan Moderator usai menutup sesi forum pada malam itu. Aku masih terkebil-kebil mencari jawapan. Fed up, lantas aku menyertai kawan-kawan aku yang lain di tingkat bawah menonton World Cup.
![]() |
Courtesy of GAMIS facebook page |