Tan Sri Ramon Ravaratnam, Chairman of the ASLI Centre of
Public Policy Studies
Antara intipati Bajet 2016 untuk generasi muda:
- Belia dapat kembali rebat bersamaan dengan amaun GST yang dibayar, yang akan dikreditkan terus ke dalam akaun perkhidmatan prabayar mereka mulai 1 Januari 2016 – 31 Disember 2016.
- Peruntukan sebanyak RM 930 juta kepada Kementerian Belia & Sukan (KBS). Peningkatan sebanyak 3 kali ganda berbanding Bajet 2015. Tambahan RM 160 juta untuk NGO.
- Peruntukan untuk IPTA dikurangkan sebanyak 17%. Universiti Malaya dikurangkan sebanyak 27.3%, UiTM sebanyak 23.72% dan lain-lain.
- Skim Perumahan Belia & Pembiayaan Deposit Rumah Pertama di bawah Kementerian Perumahan & Kerajaan Tempatan (KPKT) sebagai sumbangan kepada pembeli rumah pertama.
Pengurangan peruntukan untuk IPTA dijangka mempengaruhi
ranking universiti tempatan. Menurut Laporan Bank Dunia 2013: Malaysia Economic
Monitor, high performing education and
nations human capital which is largely built by its education system is a
fundamental driver of economic growth. The equality of cognitive skills of
Malaysian students as measured by standardized international test is not
empowered with the country aspirations to become a high income economy. Selain
itu, kos bagi melanjutkan pengajian di universiti-universiti tempatan adalah membebankan
bagi kebanyakan keluarga Malaysia meskipun jumlah kos pengajian di Malaysia
adalah antara yang paling murah di dunia. Menurut kajian London Expert Market,
keluarga Malaysia membelanjakan 55% daripada pendapatan mereka bagi setiap anak
untuk menamatkan pengajian tinggi mereka. Ini adalah yang kelima tertinggi di
dunia. Peranan alumni universiti membiayai universiti seperti amalan di Harvard
dan Oxford adalah antara cara untuk mengatasi masalah ini. Kuasa autonomi universiti
juga relevan untuk meningkatkan pendapatan universiti.
Saban tahun universiti tempatan melahirkan graduan yang
menganggur. Laporan Jabatan Statistik 2014 menunjukkan purata gaji adalah RM
1,575 sebulan. Fenomena graduan menganggur 161,000 pada Mei 2015 bersamaan 35%
daripada jumlah penganggur keseluruhan anak muda menganggur sekarang dan
bekerja di bawah paras kelulusan. Bajet 2016 telah memperuntukkan RM 250 juta
untuk Skim Latihan 1 Malaysia (SL1M) bagi generasi muda yang ingin meningkatkan
soft skills. Namun begitu, terdapat program anjuran kerajaan seperti program
keusahawanan 1 Azam, Azam Tani, Azam Bandar yang hanya memfokuskan golongan
berumur.
Menurut kajian Institut Penyelidikan Khazanah, purata harga
rumah di Malaysia adalah 4.4 kali ganda lebih tinggi berbanding gaji tahunan
rakyat Malaysia. CUEPACS pula mendapati 60% kakitangan awam berpendapatan bawah
RM 3,000 tidak mampu memiliki rumah sendiri. Konsep Skim Perumahan Belia ‘first
come, first serve’ perlu diperhalusi bagi memenuhi permintaan yang tinggi dalam
kalangan golongan muda. Menurut piawaian Bank Dunia tentang affordable house,
harga rumah tidak melebihi daripada 30 kali ganda gaji seseorang. Kerajaan
perlu memperbaharui definisi affordable house dari masa ke masa.